8 FEBRUARI 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah hari ini telah mengadakan satu Majlis Pelancaran Sistem Jom Zakat Secara Atas Talian bertempat di Wisma Darul Aman Alor Setar, Kedah.

Sistem pembayaran zakat secara dalam talian (online) atau ‘Jom Zakat’ menerusi Skim Barakah dijangka dapat meningkatkan kutipan zakat di Kedah sebanyak 50 peratus tahun ini.

Sistem Jom Zakat Kedah secara atas talian atau lebih dikenali sebagai Jom Zakat Online System, telah dibangunkan pada awal April 2017 dan telah siap untuk digunakan pada penghujung tahun 2017, adalah merupakan langkah strategik Lembaga Zakat Negeri Kedah bagi mempertingkatkan kecekapan dan kebersanan proses kutipan zakat Negeri Kedah yang berasaskan kepada konsep mudah, cepat dan berkesan dengan mengoptimumkan penggunaan teknologi maklumat masa kini. langkah strategik yang diambil ini adalah bertepatan dengan salah satu kaedah yang terdapat di dalam misi Lembaga Zakat Negeri Kedah iaitu, menguruskan kutipan dan agihan zakat dengan amanah, cekap, adil dan berkesan melalui penggunaan aplikasi teknologi terkini.

Sebagai bukti kepada keberkesanan dan kebolehpercayaan sistem ini, sejak diperkenalkan pada awal tahun 2018 sehingga 6 Februari 2018, sejumlah 45,309.45 telah berjaya dikutip.

Sehubungan Itu, pembangunan dan impementasi terhadap Sistem Jom Zakat secara atas talian ini amat dibanggakan dan seterusnya akan melakar sejarah baharu bagi Lembaga Zakat Negeri Kedah khasnya selepas berlangsungnya majlis perlancaran dan perasmian pada hari ini.

Terdahulu Dato’ Paduka Haji Bakar Din, Selaku Pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah yang juga Merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah telah menyempurnakan Majlis Perasmian Sistem Jom Zakat tersebut bersama Ketua Pegawai Eksekutif (Lznk), Syeikh Zakaria Othman serta disaksikan oleh Ahli-Ahli Lembaga Zakat Kedah.

Hadir Sama dalam majlis tersebut, Ahli-Ahli Lembaga Zakat Kedah, Timbalan-Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Serta Kakitangan (LZNK)