YAN, 23 JANUARI 2019 – Sebuah keluarga kini tinggal hanya sehelai sepinggang apabila kediaman mereka di Batu 13 Bukit Besar Yan terlibat dalam satu tragedi kebakaran sekitar jam 10.00 pagi baru-baru ini.

Hj Logman Husain selaku Pegawai Zakat Daerah Yan serta 2 orang kakitangan yang lain berkesempatan menziarahi mangsa setelah mendapat berita berkenaan kes tersebut.

Tajuddin yang merupakan ketua keluarga dalam rumah terbabit ketika ditemui menceritakan detik berlakunya kejadian tersebut.

Kebakaran dilaporkan berlaku berpunca daripada pemetik api daripada seorang cucunya yang bermain api didalam rumah terbabit.

Dalam pada itu bahagian dapur rumahnya hangus dijilat api termasuk tilam, pakaian dan buku-buku sekolah.

Namum begitu, Tajuddin tetap bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku sewaktu kejadian.

Selain itu beliau juga bersyukur kerana kepantasan pihak bomba dan penyelamat daerah Yan berjaya memadamkan api tersebut dalam waktu yang singkat.

Terdahulu Hj Logman turut menyalurkan sedikit bantuan KIT makanan kepada Tajuddin sebagai bantuan awal sebelum bantuan selanjutnya akan dipertimbangkan dibawah Skim Bantuan Bencana Alam Lembaga Zakat Negeri Kedah(LZNK) bagi meringankan beban dan kerugian yang ditanggung oleh mangsa sekeluarga.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf