6 Januari 2017 – Adik Muhammad Feras Kausar Shah,4, yang menghidap penyakit asthma sejak berumur 3 bulan hari ini ditemui kakitangan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Pegawai Jabatan Komunikasi Korporat LZNK, Ahmad Hambali Mohd Puat bersama kakitangan LZNK Cawangan Kota Setar, Hishamuddin Abd Hamid  yang membuat lawatan ke rumah berkenaan mendapati ibunya, Nang Romlah Nik Abdullah, 30, sedang melayani anaknya yang ligat bermain.

Hasil siasatan terperinci mendapati, bapa kepada Feras, Mohd Zulhazmi bin Abd Razak, 36, meraih pendapatan dengan menjual makanan “char-kueyteow” pada sebelah malamnya hingga pagi di Jalan Gangsa, Alor Setar.

…pendapatan Zulhazmi dianggarkan sekitar RM700 sebulan dan beliau menanggung isterinya yang tidak bekerja serta 3 lagi anaknya yang bersekolah serta adik Feras.

Menurut rekod LZNK, keluarga ini merupakan penerima Bantuan Awal Persekolahan selama 3 tahun berturut-turut.

Terdahulu, adik Feras disahkan menghidap asthma dan seringkali pitam ketika bermain dihalaman rumah.

…anak saya kalau dia aktif sangat, dia akan penat. Baru-baru ni (ini) dia pengsan. Muka kebiru-biruan.

LZNK akan menyalurkan bantuan secepat yang mungkin.

Kami (LZNK) akan menyalurkan bantuan kepada adik Feras bagi meringankan beban kewangan mereka.