YAN, 17 JANUARI 2019 – Ramli, 46 tahun yang tinggal di Kampung Kabu 10, Sungai Limau Dalam hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah agensi sejak setahun yang lalu terpaksa berhenti kerja selepas beliau disahkan mengalami lumpuh.

Kini Tanggungjawab menyara keluarga diambil alih oleh isteri untuk menanggung perbelanjaan 5 orang anak. 4 daripadanya masih bersekolah. Namun apa yang lebih menyedihkan isteri yang menjadi tulang belakang beliau sekeluarga kini telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini.

Sehubungan itu Anak lelaki beliau yang berumur 16 tahun terpaksa mengambil alih tanggungjawab besar membantu ayah serta 4 adiknya yang lain dengan berniaga burger di hadapan rumah mereka.

Sungguhpun begitu nasib yang menimpa Ramli sekeluarga mendapat perhatian Pejabat Zakat Daerah Yan melalui Pegawainya Hj Logman Husain yang berkesempatan menziarahi keluarga ini.

Menurut Hj Logman, Hasil maklumat yang diperolehi beliau merupakan seorang penerima bantuan kewangan bulanan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah, selain itu beliau berkata PZD Yan akan mempertimbangkan semula bantuan yang selayaknya untuk disalurkan kepada Ramli bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung mereke sekeluarga.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf