SIK, 14 FEBRUARI 2019 – Penolong amil Kariah Batu 8, Ustaz Azudin berkesempatan membuat lawatan sekitar kampung berdekatan kariahnya bagi tujuan menyerahkan bantuan makanan asas kepada golongan yang memerlukan.

Dalam lawatan tersebut, seramai 10 keluarga asnaf telah menerima bantuan ini.

Dalam pada itu, Ustaz Azudin menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai bantuan tersebut adalah khas untuk golongan yang terputus bekalan makanan.

Namun begitu sekiranya setelah cukup tempoh sebulan, maka beliau bersama jawatankuasa masjid akan menyerahkan kepada asnaf yang berdaftar dengan pihak masjid.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf