BANDAR BAHARU, 01 MAC 2020 :-Pegawai Zakat Daerah Bandar Baharu, Haji Md Sharif Md Isa turun padang bagi menyerahkan bantuan beg dan pakaian seragam sekolah di beberapa buah sekolah dalam daerah Bandar Baharu.

Antara sekolah yang dikunjungi ialah SJK(C) Yeok Kheong, Selama Kedah, SJK(C) Kwang Hwa Bandar Baharu, dan SJK(C) Serdang Kedah.

Dalam kunjungan yang sama, setiap sekolah tersebut telah menerima kelengkapan pakaian dan beg sekolah sebanyak 57 set meliputi ketiga-tiga sekolah berkenaan.

Sehubungan itu, pihak sekolah amat berbesar hati menerima bantuan ini dalam membantu pelajar-pelajar mereka yang beragama islam dalam kategori miskin.

Terdahulu,  pihak Pejabat Zakat Daerah Bandar Baharu telah mengedarkan sebanyak 744 buah beg dan pakaian seragam sekolah kepada 17 buah sekolah rendah di sekitar daerah Bandar Baharu.

Menurut Haji Md Sharif, bantuan ini diberikan setiap tahun oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah dan penerima bantuan ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar islam kategori miskin di 20 buah sekolah dan pemilihan pelajar miskin dibuat sendiri oleh guru sekolah masing-masing.


Haji Md Sharif membuat penyerahan beg dan kelengkapan pakaian sekolah kepada Guru Besar Sekolah Rendah di Daerah Bandar Baharu

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”