18 Disember 2016 РPertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Kedah hari ini menerima bantuan Rumah Anak Yatim daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Pengurus Besar Jabatan Agihan dan Pembangunan Asnaf, Haji Sofiyuddin bin Ismail menyerahkan cek bantuan yang berjumlah RM300,000.00 kepada Bendahari PERKIM, Haji Adzaudin bin Saleh.

Bantuan tersebut akan digunakan untuk membiayai pengurusan asrama dan saraan anak yatim di Darul Aitam Walmasakin Tunku Abdul Rahman Putera AlHaj dan Darul Aitam Walmasakin Sultanah Haminah binti Hamidun.

Kedua-dua asrama ini menempatkan seramai 49 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 23 orang pelajar adalah pelajar lelaki manakala selebihnya pelajar perempuan.

Kami (LZNK) berharap agar bantuan ini digunakan seperti yang telah dipersetujui iaitu untuk membiayai pengurusan asrama anak-anak yatim. Semoga PERKIM sentiasa berada di bawah rahmat Allah S.W.T.

LZNK mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembayar zakat yang membayar zakat di LZNK.