BALING, 01 NOVEMBER 2018 – Setelah hampir dua tahun terlantar akibat penyakit stroke(angin ahmar), Abdul Rahman Salleh,71 tahun yang tinggal di Kampung Batu 60, Tanjung Pari, Baling telah menerima kunjungan daripada Pejabat Zakat Daerah Baling.

Menurut Rahman, beliau tidak mempunyai sebarang pendapatan dan hanya mengharapkan sumbangan daripada anak bujang yang tinggal bersama untuk menjaga serta menguruskan keadaan beliau.

Tambah beliau lagi, pendapatan anaknya yang hanya bekerja sebagai seorang foremen di hadapan rumah itu juga tidak cukup untuk menampung kos sara hidup mereka sekeluarga.

Oleh itu, hasil siasatan daripada Pejabat Zakat Daerah Baling mendapati pemohon telah membuat permohonan melalui penolong amil kariah dan seterusnya permohonan beliau akan dipertimbangkan untuk bantuan yang selayaknya.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf