26 Disember 2016 – Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini menunaikan zakat harta dan juga zakat perniagaan beliau bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Y.Bhg. Dato’ Syeikh Ghazali bin Haji Yaacob menerima zakat harta serta zakat perniagaan beliau yang berjumlah RM37,000 secara keseluruhan.

Alhamdulillah, tiap-tiap tahun YTM Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Intan Safinaz tidak pernah lupa melaksanakan rukun Islam ke-3 ini kepada kami (LZNK).

Saya (LZNK) terus berdoa agar beliau dan syarikat miliknya terus berkembang maju hasil bayaran zakat harta dan zakat perniagaan ini. Semoga lebih ramai asnaf akan terus dibela.

LZNK mengucapkan jutaan terima kasih kepada YTM atas bayaran zakat.

 

news_ytm2