BALING, 25 NOVEMBER 2018 – Berikutan kes penularan “enam beranak tidur berhimpit” pada dua hari yang lalu di akhbar tempatan, PZD Baling melalui pegawainya, Ustaz. Ahmad Mustaqim Zainul Abidin tampil bagi menjawab kisah yang tular mengenai mereka sekeluarga.

Mohd Azmi Che Noh dan pasangannya Shamsiah Abdul Karim yang tinggal di Kampung. Pekan Lama, Pulai itu mendapat perhatian netizen apabila kediaman mereka yang terletak di tepi jalan menjadi tumpuan orang ramai.

Menurut Azmi beliau telah menetap di situ selama dua tahun dan status tanah tersebut separuh rizab dan separuh milik orang. Tambah Mohd Azmi lagi, bekalan air juga diambil daripada Masjid yang berdekatan dengan bayaran sebanyak RM20 hingga RM50 secara bulanan.

Hasil siasatan mendapati, pada tahun sebelumnya Mohd Azmi telah menerima bantuan bulanan persekolahan daripada pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah dan pada tahun ini bantuan tersebut masih lagi berupa wang bulanan di bawah Sistem Had Kifayah yang telah diperkenalkan oleh LZNK.

Justeru itu, kunjungan Ustaz Ahmad Mustaqim itu bertujuan untuk menziarah mereka sekeluarga. Disamping menyalurkan bantuan kit makanan asas kepada Mohd Azmi sekeluarga.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf