BANDAR BAHARU, 20 MAC 2019 – Pejabat Zakat Daerah Bandar Baharu berkesempatan turun padang bagi menziarahi dan menyantuni 4 keluarga asnaf di Selama, Kedah.

Tujuan ziarah ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti dan menyiasat para permoho Bantuan Bina Rumah, Baik Pulih Rumah, dan Bantuan Kewangan Bulanan bagi memastikan mereka ini benar tergolong dalam golongan asnaf.

Melalui siasatan yang dijalankan, terdapat 3 keluarga menghuni rumah yang sama dengan masing-masing mempunyai tanggungan yang ramai dan keadaan rumah juga kelihatan begitu dhaif.

Manakala, PZD Bandar Baharu juga turut menziarahi seorang bapa yang mengalami penyakit saraf akibat ditimpa buah kelapa sawit sewaktu beliau sedang berkerja.

Berikutan kejadian yang menimpa beliau, kini tugas mencari rezeki diambil alih oleh isteri beliau dengan berkerja kilang untuk menyara suami yang sakit dan 2 orang anak yang masih bersekolah.

Selain itu, Pihak Zakat juga turut menemui seorang ibu tunggal yang memohon Bantuan Baiki Rumah.

Melalui pemerhatian pihak zakat, bumbung dan beberapa bahagian rumahnya telah uzur dan rosak sekaligus perlu untuk dibaiki dengan segera.

Manakala keluarga terakhir yang ditemui pula merupakan seorang suri rumah dimana keluarganya kini menumpang di rumah mertua sebelum ini.

Menurut beliau, setelah abang ipar bersama isterinya pulang, mereka turut tinggal bersama di rumah mertuanya sekaligus menyebabkan rumah menjadi agak sempit dan mengambil keputusan untuk tinggal di rumah sewa tambahan pula terdapat seorang anak berusia 5 bulan yang sakit asma.

Dengan pendapatan suami yang rendah hanya mampu menyediakan keperluan asas sahaja dan tidak mampu membina rumah.

Rata-rata keluarga yang ditemui adalah dari golongan asnaf dan pihak zakat akan mempertimbangkan bantuan yang dipohon.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”