ALOR SETAR, 9 JANUARI 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Pejabat Zakat Daerah Kota Setar berkesempatan turun padang menziarahi dua keluarga yang terlibat dalam kejadian ribut di Kampung Telok Yan, Seberang Jalan Putra, Alor Setar.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 4.45 petang itu telah meyebabkan kediaman mereka mengalami kerosakan yang teruk terutamanya di bahagian bumbung rumah.

Menurut Mangsa, Muhammad Fazwad Mohd Rashid, 28 tahun Dalam kejadian tersebut keseluruhan bumbung rumah beliau telah diterbangkan angin.

Susulan daripada kejadian itu, Isterinya, Ummi Anis Sazwani Shari, 26 tahun mengalami kemalangan apabila terkena renjatan elektrik.

Menurut beliau lagi, rumah yang didiami mereka ini baru sahaja siap sepenuhnya dan masih dalam kerja-kerja penambahbaikan.

Selain itu kediaman Mahani Othman, 58 tahun, yang juga merupakan penerima Bantuan Kewangan Miskin Bulanan LZNK turut terjejas akibat kejadian tersebut.

Terdahulu wakil PZDKS telah menyampaikan bantuan berupa Kit Bantuan Makanan Asas serta wang tunai sebagai bantuan kecemasan bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh mangsa sekelurga.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf