KULIM, 27 JANUARI 2019 – Pegawai Zakat Daerah Kulim, Ustaz Mohd Khairi Ishak telah berkesempatan turun padang menziarahi sebuah keluarga yang tinggal menyewa di Kampung Keladi,Kulim Kedah.

Melalui maklumat daripada masyarakat setempat, keluarga ini menghadapi kesulitan kewangan kerana tidak memiliki sumber kewangan yang mencukupi memandangkan beliau merupakan seorang ibu tunggal yang perlu menyara tiga orang anaknya.

Anak sulungnya yang berumur 23 tahun hanya bekerja sebagai mekanik dan tidak memiliki pendapatan yang tetap untuk membantu keluarganya. Manakala adik bongsu mereka berusia sembilan tahun masih bersekolah.

Disamping itu, keluarga ini perlu membayar sewa rumah mereka sebanyak RM 250 setiap bulan menggunakan hasil pendapatan anak sulungnya itu semata-mata.

Keadaan kewangan keluarga ini semakin mendesak apabila kos perbelanjaan mereka turut meningkat.

Simpati di atas ujian yang menimpa keluarga ini, pihak Pejabat Zakat Daerah Kulim melalui pegawainya telah menyalurkan satu kit bantuan makanan kepada Norhaida Nasron, bagi meringankan beban keluarganya.

Menurut Ustaz Mohd Khairi Ishak, pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mengharapkan maklumat berkaitan asnaf yang masih belum dibantu untuk disantuni menggunakan wang zakat. Selain itu, pihak LZNK turut melantik seorang individu dari setiap kariah sebagai Penolong Amil untuk membantu mempermudahkan urusan pemohon bantuan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf