POKOK SENA, 08 OGOS – Pejabat Zakat Daerah Pokok Sena baru-baru ini berkesempatan turun padang bagi menziarahi keluarga Ibah Md Dih, 88 tahun yang tinggal bersama seorang anak beliau yang menjadi tulang belakang bagi mendapatkan sumber pendapatan seharian.

Beliau kini tidak dapat melakukan apa-apa lagi pekerjaan kerana faktor kesihatan dan usianya kini yang sudah tua dan tidak mempunyai kudrat lagi untuk bekerja bagi menyara perbelanjaan hidup.

Ketika lawatan dilakukan, pihak PZD Pokok Sena terpaksa mengharungi jalan yang berliku melalui kebun getah untuk ke rumah beliau yang berada jauh dari penduduk kampung lain.

Dalam pada itu, Pejabat Zakat Daerah Pokok Sena akan mempertimbangkan bantuan yang sewajarnya untuk disalurkan kepada Ibah bagi menampung perbelanjaan harian beliau bersama anaknya.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf