SIK, 18 OKTOBER 2018 – Berikutan Hujan lebat dan angin kuat telah menyebabkan beberapa buah kediaman di Kampung Kuala Beris, Sik dipukul ribut, susulan itu, kebanyakan daripada rumah mereka mengalami kerosakan yang teruk terutamanya di bahagian bumbung.

Terdahulu, wakil Lembaga Zakat Negeri Kedah cawangan Sik berkesempatan menziarahi  Azrul Abdul Hamid di Kampung Kuala Beris bagi melihat sendiri keadaan dan kerosakan bumbung rumahnya.

Menurut Azrul, bumbung rumahnya sudah seminggu diterbangkan angin ribut. Oleh demikian, beliau mengalami masalah kekangan kewangan dan tidak mampu untuk menangung kos keselurhan bagi membaikpulih semula bumbung rumahnya.

Susulan itu beliau  hanya mampu menggunakan penutup kanvas sebagai ganti bumbungnya yang rosak tersebut bagi membolehkan beliau bersama keluarganya berlindung dan berteduh daripada hujan panas sementara waktu.

Dalam pada itu, wakil PZD Sik akan membantu menyalurkan bantuan bagi menyediakan tempat tinggal yang selamat dan selesa untuk beliau sekeluarga.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf