Newsletter
Newsletter

RAJA MUDA KEDAH TUNAI ZAKAT FITRAH 1447H, SERU RAKYAT GUNA MEDIUM DIGITAL

Scroll down

27 February 2026

6:00 AM

izzati

ALOR SETAR – Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, berkenan berangkat menunaikan kewajipan Zakat Fitrah bagi tahun 1447H hari ini.

Baginda menyempurnakan pembayaran zakat tersebut selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuan Husein, Titi Gajah. Keberangkatan baginda itu mencerminkan keprihatinan institusi diraja terhadap rukun Islam keempat serta kebajikan golongan asnaf di negeri ini.

Dalam titah ringkas baginda, Raja Muda Kedah menyeru seluruh umat Islam di negeri Kedah agar menyegerakan tuntutan Zakat Fitrah seawal mungkin. Baginda menegaskan bahawa tindakan melunaskan zakat lebih awal dapat membantu kelancaran urusan agihan kepada mereka yang memerlukan sebelum menjelangnya sambutan Aidilfitri.

Seiring dengan peredaran teknologi, baginda turut menggalakkan rakyat di Kedah untuk memanfaatkan kemudahan pembayaran secara atas talian (digital).

“Rakyat digalakkan menggunakan medium digital bagi memudahkan urusan pembayaran secara lebih pantas, selamat dan telus,” titah baginda.

Bagi memudahkan urusan tersebut, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyediakan platform pembayaran pantas yang boleh dicapai melalui pautan: https://jom.zakatkedah.com.my.

Langkah ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menunaikan tanggungjawab agama dengan lebih efisien tanpa perlu menunggu sehingga saat akhir Ramadan.

#seindahsyukur #zakatkedah #zakatfitrah

Posted in Berita Kutipan, Berita Utama
Write a comment