BANDAR BAHARU, 15 OKTOBER 2018 – Pegawai Zakat Daerah Bandar Baharu, Md Sharif Md Isa dan Penolong Pegawai, Muhammad Fitri Abdul Aziz telah mengunjungi sebanyak 5 buah rumah yang akan dibaik pulih.

Terdahulu, turut bersama-sama dalam kunjungan ini ialah 2 kontraktor yang telah berjaya dalam cabutan undian, serta Mohamad Faiz Md Jalil dari Bahagian Pembangunan dan Penyelengaraan Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Menurut Md Sharif Md Isa, lawatan ini adalah merupakan lawatan wajib bagi setiap kontraktor yang terpilih, bagi menyatakan skop kerja supaya tidak berlaku salah faham atau kecuaian. Di antara kampung yang dilawati ialah Kg. Banggol Limau, Serdang, Kg. Teluk Sera, Kg. Chelong Kiri dan Kg. Ayer Putih.

Selain itu, kos keseluruhan baik pulih bagi kelima-lima buah rumah ini menelan belanja RM117, 230.00 dan akan bertambah kerana terdapat 2 buah rumah lagi masih dalam proses penilaian.

Dalam masa yang sama, rata-rata penerima bantuan baik pulih rumah menzahirkan perasaan bersyukur dan berterima kasih kepada Pejabat Zakat Bandar Baharu juga kepada seluruh pembayar zakat yang menunaikan zakat di negeri Kedah

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf