4 April 2017 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) hari ini menyerahkan bantuan kepada Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (PUSBA).

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat, Mohd Sani bin Harun ketika ditemui berkata, penyerahan bantuan zakat bernilai RM1 juta kepada Pengetua PUSBA, Ustaz Zamri bakal digunakan untuk tujuan penyelenggaraan bangunan dan pentadbiran yang kini jumlah pelajar mualaf telah semakin meningkat daripada tahun ke tahun.

Pengetua PUSBA yang mesra dengan panggilan Ustaz Zamri berkata, sejak penubuhannya, ramai mualaf dari pelbagai negara termasuklah Vietnam, Thailand, Myanmar dan Kemboja turut hadir ke kelas yang disediakan.

…Alhamdulillah, kami menerima banyak permintaan dari pelbagai negara luar dan dari negeri-negeri selain Kedah termasuklah Sabah dan Sarawak.

Atas prestasi yang memberangsangkan itu, LZNK terus menyokong pihak PUSBA dengan menyalurkan bantuan perkapita kepada PUSBA.

Mohd Sani Harun mengulas pemberian bantuan itu dilihat dapat membantu mensistematikkan lagi mutu pembelajaran agar lebih ramai mualaf diluar sana tidak ketinggalan dalam menimba ilmu Islam selepas memeluk agama ini.

 

Maklumat lanjut mengenai PUSBA, sila layari PUSBA.