13 Februari 2017 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) hari ini mula mengagihkan menyerahkan bayaran bagi bantuan Awal Persekolahan bagi tahun 2017 ini kepada 1,600 orang waris.

Sebanyak RM640,000.00 wang zakat diagihkan kurang sejam apabila hampir 10 buah kaunter agihan dibuka hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Y.Bhg. Dato’ Syeikh Ghazali bin Haji Yaacob berkata, bantuan pada hari ini menyaksikan seramai 1,600 orang penerima hadir bagi mengambil bantuan ini.

…kita serahkan sebanyak RM640,000.00 kepada 1,600 orang melalui dua (2) cawangan iaitu Kota Seta dan Kubang Pasu dengan masing-masing menerima RM400.00 tiap keluarga.

Terdahulu, LZNK mengumumkan akan meringankan beban kewangan ibu bapa bagi awal persekolahan ini apabila bantuan Awal Persekolahan berjumlah RM400 diadakan.

 

dd