KULIM, 25 JULAI 2018 – Pejabat Zakat Daerah Kulim, melalui penolong pegawainya Ustaz Mohd Khalil Mohd Zain berkesempatan menziarahi keadaan Romlah Hassan yang terlantar sakit akibat angin ahmar.

Menurut anak beliau, ibunya telah dikejarkan ke Hospital Kulim seminggu yang lalu apabila secara tiba-tiba tidak dapat menggerakkan tangan dan kaki di sebelah kanan. Susulan daripada kejadian itu, pihak hospital telah menahan ibunya di wad bagi menjalani rawatan lanjut.

Dalam pada itu, Ustaz Mohd Khalil juga turut menzahirkan rasa simpati ke atas keadaan Romlah  dan menasihati beliau untuk terus tabah mengharungi ujian ini.

Terdahulu, Ustaz Mohd Khalil telah menyerahkan bantuan kewangan yang telah diluluskan oleh pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) kepada keluarga Romlah di Hospital Kulim.

Tambahnya lagi, beliau turut mengharapkan agar bantuan zakat yang telah mula disalurkan ini mampu membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih baik disamping menampung perbelanjaan rawatan puan Romlah Hassan pada kali ini dan di masa hadapan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”