BALING, 17 OKTOBER – “Bebekalkan sifat ketekunan dan percaya kepada rezeki yang Allah tetapkan pasti akan sampai pada waktu yang tepat dan masa yang sesuai”, begitulah kata-kata yang keluar dari Saiful Kahar bapa kepada 10 orang anak dari Kampung Pisang, Baling Kedah.

Sejak hampir sedekad beliau menyara keluarga dengan hasil titik peluh beliau membuat pelbagai jenis sabun pencuci cecair dan serbuk, serta pewangi pakaian. Beliau yang bekerja mengajar dan membuat sabun ini berjaya membesarkan dan memberi pendidikan kepada 7 orang anak-anak beliau yang masih bersekolah.

Kehidupan beliau juga kini turut dibantu oleh seorang isteri yang turut mengusahakan perniagaan kuih muih froozen seperti karipap, samosa, dan pelbagai lagi.

Terdahulu, PZD Baling berkesempatan turun meninjau keadaan beliau sekeluarga. Hasil siasatan mendapati bahawa beliau telah mengubahsuai kesemua mesin yang digunakan untuk memproses sabun buatan sendiri.

Dalam pada itu, wakil Lembaga Zakat Negeri Kedah melalui PZD Baling berkata, Pihak Zakat akan cuba membantu mempertimbangkan permohonan beliau untuk bantuan yang sewajarnya memandangkan kondisi beliau kini yang mempunyai anak yang ramai dan kekurangan prasarana dalam memproses produk beliau.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf