KUBANG PASU, 20 September 2020 –  Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu (PZDKP) sentiasa cakna dengan isu komuniti setempat lebih-lebih lagi golongan asnaf khususnya dalam Daerah Kubang Pasu.

Terdahulu, PZDKP turun menyantuni mangsa ribut di beberapa buah rumah di Sanglang dan menziarahi Maahad Tahfiz Darul Ulum Arrahimiyahyang terlibat dalam kebakaran baru-baru ini.

Maklumat yang diterima daripada penolong amil kariah memudahkan pihak PZDKP untuk menjejaki rumah yang terjejas dengan ribut. Malahan, penolong amil turut membantu menjadi rujukan penunjuk arah ke rumah mangsa ribut. Terima kasih penolong amil.

Siasatan PZDKP mendapati terdapat rumah yang hanya terjejas dibahagian luar rumah tanpa menjejaskan struktur binaan rumah. Namun, terdapat juga rumah yang mengalami kondisi teruk hingga menyebabkan keseluruhan bumbung rumah diterbangkan angin dan harta benda rosak.

Selain itu, Maahad Tahfiz Lorong Alif juga merupakan Ejen Sekolah Agama yang bertauliah dilantik oleh LZNK bagi menerima bayaran zakat. PZDKP hadir bagi melihat sendiri keadaan sebenar selepas kejadian kebakaran di aras 1 yang menempatkan asrama pelajar tahfiz. Hampir keseluruhan ruangan tersebut rosak teruk akibat kebakaran ketika Solat Jumaat.

Dalam pada itu, bantuan akan disalurkan sewajarnya setelah segala maklumat dan dokumentasiborang bantuan dilengkapkan.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”