ALOR SETAR, 18 OGOS 2021 :- Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) buat pertama kali menerima tajaan dari pelbagai agensi utama seperti, Etika General Takaful & Etika Family Takaful, Bank Islam Malaysia Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam mengelola “2nd Kedah International Zakat Conference 2021” secara atas talian pada kali ini.

Seminar Zakat Antarabangsa Kedah (i-KEIZAC 2021) adalah kesinambungan dari KEIZAC 2019, yang diadakan untuk pertama kalinya pada 4-6 Ogos 2019 dengan tema “Kelestarian Melalui Agenda Transformasi Zakat.”KEIZAC 2019 diadakan di Menara Zakat di Alor Setar, Kedah, dan dihadiri oleh lebih dari sepuluh negara dan peserta dari seluruh Malaysia. Lebih daripada 100 kertas kerja dibentangkan dalam persidangan oleh ahli akademik dan pengamal dari industri zakat dari seluruh dunia.

KEIZAC 2019 juga merangkumi tokoh-tokoh dari industri kewangan Islam, perbankan Islam, undang-undang, halal, dan bidang lain untuk berkongsi idea mengenai bagaimana meningkatkan pengurusan zakat di negeri Kedah khususnya, dan secara umum. Kali ini, i-KEIZAC 2021 mengasaskan tema yang berbeza untuk diketengahkan: “Inovasi dalam Kewangan Sosial Islam melalui Agenda Transformasi Zakat”.

Terdahulu Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah telah perkenan merasmikan (i-KEIZAC) secara atas talian.

Hadir Sama dalam program tersebut Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah merangkap pengerusi LZNK, Yang Berhormat, Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood dan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Kedah, Syeikh Zakaria Othman.

Persidangan secara maya i-KEIZAC 2021 ini telah berlangsung dengan jayanya pada 17-18 Ogos 2021 anjuran oleh World Zakat Forum dan Lembaga Zakat Negeri Kedah dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (UNiSHAMS), and Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah juga melibatkan penyertaan 1000 orang daripada 11 buah negara antaranya Nigeria, Indonesia, Oman, Algeria, Belgium, Vietnam, Turkey, Brunei, Singapore, Thailand & Malaysia.

persidangan dwi-tahunan ini juga turut bersama figura hebat yang berpengalaman dari dalam dan luar negara. Sebanyak 100 kertas kerja telah dibentangkan mengikut sesi selari membincangkan isu Kewangan Sosial Islam bagi i-KEIZET 2021.

Selain itu para peserta juga turut mendapat himpunan artikel E-prosiding dan e-sijil peringkat antarabangsa, untuk pendaftaran i-KEIZET 2021 pada tahun ini.

Selain itu, rakan-rakan strategik yang turut bersama, Association of Syariah Advisor in Islamic finance , Islamic Banking Finance Institute Malaysia, International center for education in Islamic finance dan International institute of advance Islamic studies Malaysia.

“Dalam dunia yang bergelut dengan Pandemik Covid 19, pelbagai inovasi dalam kewangan sosial Islam mesti diadaptasi dan diterapkan sesuai dengan keadaan semasa. Hasilnya, persidangan tahun ini adalah tempat yang ideal bagi para akademik dan pengamal industri untuk mengemukakan cadangan dan penyelesaian yang berkaitan dengan inovasi yang dapat dilaksanakan dalam konteks kewangan sosial Islam, terutama zakat. Oleh kerana keadaan Covid-19, persidangan ini telah dijalankan sepenuhnya secara atas talian.

Persidangan ini turut menarik para perwakilan dari sebahagian wilayah Afrika Barat dan Asia Tenggara, dan dihadiri oleh lebih daripada 300 perwakilan dari pihak teknikal, beroperasi, perniagaan, dan dasar menjadikan komuniti Kewangan Sosial Islam untuk berkongsi pengetahuan mereka, pengalaman dan kepakaran untuk memperkukuh dan mengembangkan lagi Kewangan Sosial Islam di peringkat antarabangsa.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”