SIK, 05 DISEMBER 2018 – Pejabat Zakat Daerah Sik bersama Penolong Amil Qariah Sik Dalam, berkesempatan menziarahi salah seorang penerima bantuan zakat sekaligus telah menyerahkan Bantuan Jayadiri berupa set peralatan gunting rambut kepada Shamsun Nizam.

Beliau merupakan seorang penoreh getah disebelah pagi dan membuat kerja sampingan gunting rambut di rumahnya pada sebelah petang. Beliau mempunyai 4 orang tanggungan, selain menjaga ibunya yang uzur.

Melalui perkhidmatan gunting rambut ini, diharap beliau dapat menambahkan pendapatan dan dapat keluar daripada kepompong kemiskinan.

Menurut Penolong Amil qariah Sik Dalam, Hj Zinul Abidin beliau akan memantau perkembangan Shamsul Nizam menjalankan perniagaan agar peralatan dari wang zakat ini digunakan secara betul dan berhemah.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf