Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) hari ini terpanggil untuk membuat penjelasan berhubung kes keluarga remaja yang ditahan polis kemarin.

Bahagian Komunikasi Korporat LZNK, Ahmad Hambali Mohd Puat serta kakitangan LZNK Cawangan Pokok Sena, Ilyas Ibrahim yang telah lokasi mengesahkan keluarga ini merupakan penerima bantuan LZNK.

Sebelum ini kami telah meluluskan bantuan Sekaligus bertujuan untuk kemasukan bekalan elektrik pada tahun 2015. Pemerhatian mendapati bekalan elektrik telah pun di masukkan dan kami telah pun menyalurkan bantuan Baik-Pulih rumah mereka.

Terdahulu, sebuah akhbar melaporkan kisah penahanan seorang juvana kerana mencuri motosikal membawa hikmah kepada keluarga remaja itu apabila anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menghulurkan sumbangan Aidilfitri selepas tersentuh melihat kedaifan keluarganya.

Bapa remaja itu, Amron Burha, 48, berkata dia bersama isteri, Asa Ahmad, 49, serta tiga anak lelaki berumur 14 hingga 18 tahun sudah biasa dengan kehidupan serba kekurangan namun keadaan mereka bertambah susah apabila dia tidak dapat bekerja selepas sakit.

Sebelum ini saya memperoleh RM12 sehari hasil menjual ikan namun sejak enam bulan lalu, saya terlantar di rumah selepas kaki membengkak akibat kencing manis. Kini, dua anak mengambil tugas menyara keluarga dengan mengambil upah membuat bendang dan memotong rumput.

Anak-anak terpaksa berhenti belajar sejak tahun lalu kerana tidak mampu. Duit yang ada digunakan sepenuhnya untuk membeli makanan dan keperluan keluarga namun ia tidak mencukupi walaupun menerima bantuan bulanan RM150 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

 

news_sudah-terima2