24 Mac 2017 – KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah telah sudi mencemar duli bagi menerima zakat perniagaan daripada Lembaga Tabung Haji (LTH) bagi pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Majlis serba ringkas itu diadakan bertempat di Masjid Riyadussolihin, Kampung Padang Lalang, Mukim Ayer Hangat.

Pengerusi Lembaga Zakat Kedah, Y.B. Dato’ Paduka Haji Bakar bin Din yang juga merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah telah berbesar hati menerima zakat perniagaan daripada Lembaga Tabung Haji (LTH) bernilai RM4,181,741.95 daripada Ahli Lembaga Pengarah LTH, Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Paduka Badruddin Amirludin.