LANGKAWI, 17 SEPTEMBER 2018 – Mengeluarkan zakat adalah tuntutan wajib ke atas semua umat Islam, maka bagi mereka yang cukup haul dan nisabnya, perlulah menunaikan zakat sebagai elemen penyucian harta.

Demikian itu, Lembaga Zakat Negeri Kedah Daerah Langkawi melalui pegawinya Ustaz Mohd yusuf ahmad telah menyampaikan satu taklimat berkaitan hal ehwal semasa zakat yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba.

Taklimat zakat ini disampaikan dengan tujuan untuk memberi pendedahan hal ehwal  semasa zakat dan pemahaman kepada para guru dan kakitangan sekolah mengenai taksiran zakat yang betul.

Dalam masa yang sama,  Ustaz Yusuf berkesempatan meninjau projek baik pulih rumah Lembaga Zakat Negeri Kedah bagi pemohon yang layak di sekitar Kawasan Pulau Tuba.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf