BALING, 11 NOVEMBER 2018 – Seramai 75 orang warga kakitangan Sekolah Kebangsaan Baling telah menyertai sesi taklimat zakat yang disampaikan oleh Pegawai Zakat Daerah Baling, Mansor Musa.

Sesi taklimat yang berlangsung hampir dua jam itu mendapat respon dan reaksi yang baik daripada semua pihak. Menurut Pegawai Zakat Baling, tujuan pihak zakat memberi taklimat adalah untuk melakukan agenda dakwah menerusi kutipan yang seiringan dengan konteks formula di mana setiap kutipan yang dijalankan akan ada agihannya.

Tambah beliau lagi, terdapat pelbagai projek Lembaga Zakat Negeri Kedah yang telah berjaya dijalankan hasil dana kutipan yang dilakukan oleh pembayar-pembayar yang berada di Negeri Kedah ini.

Selain itu, Penolong Kanan HEM, Nik Nazira berkata , sebelum ini, 90% daripada guru-guru Sekolah Kebangsaan Baling telah membuat pemotongan zakat.  Namun begitu, hasil daripada taklimat yang dilakukan baru-baru hari ini mampu memberi impak dan kesedaran yang lebih efektif serta positif kepada kakitangan sekolah itu.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf