BALING, 25 JULAI 2018 – Bahagian Operasi dan Dakwah Pejabat Zakat Daerah Baling baru-baru ini telah  menerima satu jemputan bagi menyampaikan taklimat dan penerangan berkenaan zakat di Sekolah Kebangsaan Tembak Baling, Kedah.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Zakat Daerah Baling, Ustaz Mansor Musa, kepada seramai 40 orang warga kakitangan sekolah pada sebelah petang setelah usai sesi persekolahan mereka.

Menurut Ustaz Mansor Musa, komitmen yang ditonjolkan oleh pihak guru-guru sekolah tersebut amatlah positif walaupun sudah melepasi waktu kerja.

Dalam pada itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tembak, Mustafa berkata, beliau amat menggalakkan semua nguru-guru di bawah seliaan beliau supaya membuat potongan zakat pendapatan mengikut kadar yang telah ditetapkan seperti yang telah disampaikan dalam taklimat tersebut.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”