SIK, 17 OKTOBER – Pejabat Zakat Daerah Sik baru ini telah membuka kaunter khidmat pelanggan di Sekolah Kebangsaan Padang Cicar bagi memberi peluang kepada guru guru dan kakitangan sekolah tersebut untuk menaksir dan menambah potongan zakat bulanan mereka.

Dalam pada itu wakil Pejabat Zakat Daerah Sik juga sempat memberikan taklimat zakat pendapat kepada guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Padang Cicar.

Sementara itu, Pegawai Zakat Daerah Sik, Ustaz Mohd Khairul Nizam serta Penolong Amil Belantik, Ustaz Abd Jabar pula sempat turun padang bagi melawat dan menyalurkan bantuan kepada anak anak qariah Kampung Belantik Dalam yang terjejas akibat banjir yang melanda Kawasan tersebut baru ini.

Dalam pada itu, sebanyak 20 Kit Bantuan makanan asas telah disalurkan kepada semua mangsa yang terjejas.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf