LANGKAWI, 21 NOVEMBER 2018 – Pejabat Zakat Daerah Langkawi baru-baru ini telah melakukan satu lawatan bagi tujuan menyampaikan maklumat berkaitan pusat bekalan makanan kepada semua wakil-wakil masjid bagi seluruh daerah Langkawi.

Terdapat sebanyak 8 buah masjid yang menjadi Pusat Bekalan Makanan bagi Daerah Langkawi.

Program yang bermula pada seawal jam 9.15 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang itu bertujuan untuk memberikan penerangan berkaitan agihan makanan yang akan dilaksanakan di setiap kariah yang ada di Langkawi.

Menurut pegawai zakat Langkawi, Ustaz Yusuf, program ini mendapat kerjasama yang cukup baik daripada semua pihak dan LZNK berharap agar kewujudan pusat bekalan makanan ini tidak akan timbul lagi masalah bekalan makanan terputus bagi penduduk di sekitar Langkawi.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf