19 APRIL 2023 – ALOR SETAR: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman perkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Penjawat Awam Negeri Kedah Darul Aman di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.
Turut berangkat hadir, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah.
Baginda Tuanku turut perkenan memberi sumbangan ampunĀ  kurnia kepada anak-anak yatim dan asnaf-asnaf yang hadir bersama di dalam majlis tersebut.