19 DISEMBER 2017 – Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah hari ini menunaikan zakat harta dan juga zakat perniagaan beliau bagi tahun kewangan berakhir 2017 kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Ketua Pegawai Eksekutif (LZNK), Syeikh Zakaria Othman menerima zakat harta serta zakat perniagaan beliau yang berjumlah RM44,439.00 secara keseluruhan.

Alhamdulillah, setiap tahun YTM Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Intan Safinaz tidak pernah lupa melaksanakan rukun Islamnya yang ke-3 ini kepada zakat Kedah.

Saya bagi pihak (LZNK) terus berdoa agar YTM Tunku Temenggong Kedah sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan semoga syarikat milik YTM Tunku Puteri terus berkembang maju hasil bayaran zakat harta dan zakat perniagaan ini. Semoga dengan berkat menunaikan zakat ini, lebih ramai lagi nasib golongan asnaf akan terus dibela.

(LZNK) menjunjung kasih kepada YTM Tunku Temenggong Kedah di atas bayaran zakat tersebut.