BANDAR BAHARU, 04 DISEMBER 2018 – Pegawai Zakat Daerah Bandar Baharu, Haji Md Sharif Md Isa berkesempatan hadir ke Sekolah Kebangsaan Sungai Salleh Serdang Kedah untuk memberikan taklimat berkenaan Zakat Pendapatan kepada guru-guru di sekolah tersebut.

Taklimat ini telah dihadiri seramai 17 orang guru daripada sekolah tersebut. Dalam taklimat tersebut, Hj Md Sharif menekankan peranan seorang muslim dengan muslim yang lain dan saling ingat mengingati akan kewajipan berzakat dengan membuat taksiran yang tepat.

Selain itu, beliau juga menerangkan kelebihan membuat bayaran zakat melalui potongan gaji. Selain memudahkan para guru melaksanakan ibadah berzakat, pihak sekolah juga mendapat manfaat daripada agihan balik 3/8 dari jumlah zakat yang dikeluarkan oleh kakitangan.

Sehubungan dengan itu, guru-guru yang hadir telah mengambil langkah bijak dengan membuat taksiran semula dengan menambah bayaran zakat yang sedia ada, dan kaedah ini juga menarik minat guru-guru yang baru berkhidmat serta tidak melepaskan peluang untuk membuat bayaran zakat melalui potongan gaji kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Selain itu, Maklumat berkaitan agihan juga telah dikongsikan kepada guru-guru SK Sungai Salleh. Antara maklumat agihan yang dikongsikan adalah termasuk bantuan kewangan bulanan, pendidikan, musibah Alam, pusat bekalan makanan dan sebagainya.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf