Zakat Haiwan Ternakan

Zakat Haiwan Ternakan

Zakat haiwan ternakan dikeluarkan untuk binatang-binatang yang dijadikan ternakan seperti lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan unta. Binatang-binatang ternakan ini akan dikenakan zakat dengan syarat binatang ternakan itu dipelihara dan mendapat hasil daripadanya sama ada dijual hidup-hidup atau terima hasil daripada penjualan daging atau susu. Namun begitu, binatang yang digunakan untuk bekerja seperti membajak sawah atau mengangkut barang tidak dikenakan zakat ternakan.

Definisi

Zakat binatang ternakan ialah zakat yang dikenakan ke atas binatang-binatang yang diternak daripada jenis lembu,kerbau, kambing, biri-biri dan unta apabila sempurna syarat-syaratnya.

 

Syarat Tambahan

Hendaklah ianya Saimah iaitu dipelihara di padang terbuka pada kebanyakan masa di mana kehidupan dan kesihatannya hanya bergantung kepada pemakanannya di tempat terbuka itu.

Kaedah Kiraan

Zakat yang perlu dikeluarkan apabila bilangan ternakan melebihi kadar nisab seperti berikut :

Lembu / Kerbau : mencukupi 30 ekor atau lebih
Kambing / Biri-biri : mencukupi 40 ekor atau lebih
Unta : mencukupi 5 ekor atau lebih