PENDANG, 16 APRIL :- Lembaga Zakat Negeri Kedah, LZNK, berjaya membuat kutipan zakat fitrah berjumlah RM29,000 hanya dalam tempoh empat hari Ramadan.

Daripada jumlah itu, RM25,000 dibayar secara dalam talian.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman berkata, angka tersebut menunjukkan tahap kesedaran umat Islam untuk membayar zakat fitrah di awal Ramadan khususnya secara dalam talian semakin meningkat.

Pihaknya menjangkakan jumlah kutipan zakat fitrah di Kedah akan meningkat sebanyak M900,000 iaitu RM11.5 juta berbanding RM10.6 juta tahun lalu.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Zakat Fitrah oleh Raja Muda Kedah,Tengku Sarafuddin Badlishah ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin di Masjid An-Nur Kampung Tanjung Setol, Pendang, Kedah.

Terdahulu, Tengku Sarafuddin Badlishah turut menunaikan Solat Jumaat bersama kira-kira 200 jemaah.

Kadar zakat fitrah di Kedah tahun ini ialah RM7, RM14 dan RM21.

Orang ramai yang ingin menunaikan zakat fitrah secara dalam talian boleh melayari laman web: https://jom.zakatkedah.com.my.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”