27 April 2017 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (NGO) hari ini mengadakan Dialog Bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang julung kali diadakan di sini.

Kehadiran lebih 120 orang peserta daripada pelbagai persatuan dan sukarelawan itu menunjukkan sambutan yang amat menggalakkan terhadap program ini.

Ahli panelnya terdiri daripada Puan Latipah bt Abu yang merupakan sukarelawan yang tidak asing lagi di negeri Kedah ini serta Encik Azrul bin Mohd Razak merangkap Timbalan Pengerusi 1, Kindness Malaysia serta Ketua Pegawai Eksekutif LZNK sendiri, Tuan Haji Zakaria bin Othman.

Ketua Pengarahnya, Mohd Sani bin Harun selaku Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat LZNK berkata, program ini sepatutnya diadakan pada bulan lepas tetapi atas kekangan masa, program ini diadakan pada bulan ini.

Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Antara yang hadir adalah Persatuan Aman Palestine Cawangan Negeri Kedah, PERSONA, Haluan, Ikram Malaysia dan sebagainya.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK turut mengulas, program ini sepatutnya menjadi program pemahaman berkaitan apa itu zakat dan apa fungsi zakat secara keseluruhannya.

…ramai yang hadir dan bertanyakan sama ada LZNK sedia bekerjasama dengan mereka dan jawapan kami “Ya”.

Sesi dialog berkenaan bakal menjadi pemangkin untuk konsep pemahaman dan seterusnya menyelaraskan bantuan untuk asnaf.