28 Disember 2016 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) hari ini bergegas ke lokasi kebakaran selepas di maklumkan terdapat satu kebakaran di Taman Tengku Maheran, Jitra.

Kebakaran yang dilaporkan terjadi pada hari Jumaat lepas terus mendapat perhatian LZNK dan Pengurus Cawangan Lembaga Zakat Negeri Kedah, Hamidi bin Mohd Nor yang telah ke lokasi berkenaan telah berjumpa dengan tuan rumah.

Pemerhatian kami mendapati hanya sebahagian kecil ruang tamu dan dapur sahaja yang terselamat manakala semua bilik telah terbakar sama sekali.

Fauzi Putra yang juga tuan rumah ini berkata, ketika kebakaran, kesemua mereka berada di gerai jualan bihun sup berdekatan taman berkenaan.

…Alhamdulillah, walaupun rumah saya terbakar, saya bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat.

LZNK akan mempercepatkan pemberian bantuan kepada mangsa sebagai bantuan awal bencana alam.

news_jitra_terbakar2 news_jitra_terbakar3