10 Julai 2017 – Satu memorandum persefahaman antara Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN) termeterai apabila Pengarah JPN, Y. Bhg. Datin Paduka Dato’ Hajah Azuyah Binti Hassan bersetuju mewakili JPN Negeri Kedah bagi menandatangani memorandum persefahaman ini dihadapan Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Haji Zakaria Bin Othman.

Majlis yang diadakan bersempena Majlis Perjumpaan Bulanan kakitangan JPN Negeri Kedah itu menyaksikan hampir 500 orang wakil pengetua sekolah hadir bagi memeriahkan majlis berkenaan.

Haji Zakaria ketika dalam ucapannya sebagai berkata, sehingga hari ini masih ada dikalangan masyarakat kita yang masih tidak mengambil endah perkara berkaitan zakat ini.

…dalam rekod kami, masih ada segeliontir kakitnagn yang tidak menunaikan zakat dan masih ada yang tidak mengemaskini potongan zakat mereka.

Antara intipati perjanjian itu ialah pihak LZNK bersetuju untuk membenarkan pihak JPN Negeri Kedah menyediakan perkhidmatan kutipan zakat pendapatan melalui sekolah bagi pihak LZNK.

JPN juga diberi kuasa menjalankan tugas agihan balik sebanyak 3/8 atau 37.5% daripada jumlah kutipan bayaran zakat kepada golongan asnaf iaitu fakir, miskin dan fisabililah.

…kita hendak membantu kesemua sekolah namun atas kekangan kutipan zakat yang terhad, pihak kami (LZNK) telah mengetengahkan agihan balik berjumlah 3/8 ini dan semoga inaya memberikan manfaat yang luas kepada semua pihak.