Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) hari ini mengambil pendekatan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda, Sungai Petani.

Pengarah program, Mohd Sani Harun yang juga Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat LZNK berkata program ini dilihat mampu merapatkan ukhwah sesama umat Islam di negeri Kedah khususnya.

 

Kedatangan bulan Ramadhan ini seharusnya membuatkan kita semua bergembira kerana pada bulan ini pintu-pintu keampunan dibuka seluas-luasnya. Oleh itu, kami mengambil kesempatan ini untuk meraikan anak-anak yatim bagi mengembirakan mereka.

Pertubuhan ini telah berusia lebih 10 tahun lalu di mana pada awalnya ditempatkan asrama pelajar perempuan dan pada tahun 2006, anak-anak yatim dari kalangan lelaki diambil sehingga ke hari ini.

Seramai 27 orang anak-anak yatim diraikan. Turut hadir, penyelia pentadbiran Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Daerah Kuala Muda, Puan Zaharah Mohd Khir.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Zakat Kedah atas kesudian mengadakan majlis bersama anak-anak disini.

Tazkirah sebelum berbuka disampaikan oleh Ustaz Abdul Hadi daripada Jabatan Dakwah dan Kutipan LZNK. Selepas selesai majlis berbuka puasa, turut diadakan solat tarawih secara berjemaah.

news_anak-yatim3 news_anak-yatim2