Kisah sepasang suami isteri yang tinggal di tanah rezab sungai, Kuala Kedah terus mendapat perhatian segera daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK).

Pengurus LZNK Cawangan Kota Setar, Mohd Shabudin Ahmad yang membuat lawatan ke lokasi tersebut berkata, kisah mereka tersebar di laman sosial Facebook dan hari ini kami hadir membuat siasatan lanjut bagi menyalurkan bantuan.

Mereka ini dikatakan tidak mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana pihak malahan turut didakwa kononnya orang-orang kampung disini turut tidak menghiraukan mereka.

Tinjauan mendapati Shaari Hamid, 60, yang berasal dari Kampung Bahagia, mukim Sala Besar, Yan hanya meraih pendapatan dengan mengutip tin-tin dan botol-botol kosong dan menjualnya bersama isterinya, Zarina Md Hashim, 47.

Hasil siasatan lanjut turut mendedahkan bahawa beliau (Shaari) sudah pun mempunyai sebuah rumah sendiri di atas tanah sendiri di Kampung Bahagia, Yan. Walaubagaimanapun, beliau turut mendedahkan rumah tersebut diduduki oleh isteri pertama beliau yang sakit bersama enam (6) orang anak-anak beliau.

Perkahwinan bersama Zarina bagaimanapun tidak diketahui oleh isteri pertama beliau dan sebagai memberi perlindungan kepada isteri barunya ini, beliau telah membina rumah ini.

Saya ada juga balik sana (Yan) untuk jenguk anak-anak dan isteri.

Pegawai Kota Setar turut mengulas, isu ini tidak sepatutnya timbul sekiranya beliau amanah dan adil serta bertanggungjawab dalam menguruskan kehidupan beliau yang mana pada masa lalu lebih baik dan teratur berbanding kini.

Beliau hidup secara nomad disebabkan mengikut jenis pekerjaan yang dibuat. Walaubagaimanapun, pihak kami akan menyalurkan bantuan Sara Hidup Sekaligus buat masa ini sebagai bantuan ekspress dan bantuan lain akan disalurkan dari semasa ke semasa mengikut keadaan mereka.

Turut hadir bersama ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar, Encik Mohd Syahrul Nasir dan Pegawai Pejabat Daerah, Puan Norfazni yang turut menyampaikan bantuan segera kepada pasangan ini.

 

news_viral_kk1