30 Mei 2017 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) hari ini menyerahkan bantuan Miskin Tahunan di bawah asnaf miskin kepada 1,398 orang penerima bagi keseluruhan daerah Yan.

Majlis serahan bantuan zakat tersebut dirasmikan oleh Y. Bhg. Tuan Haji Zakaria Othman selaku Ketua Pegawai Eksekutif LZNK di Masjid Guar, Yan.

Dalam majlis tersebut, sebanyak RM629,100.00 telah diagihkan kepada semua penerima bantuan itu.

Pada tahun lepas seramai 1,426 orang penerima telah menerima bantuan ini dengan jumlah agihan sebanyak RM855,600 sekaligus menunjukkan taraf kemiskinan di daerah ini berjaya dikurangkan.

Semua daerah akan menerima bantuan ini secara berperingkat mulai hari ini.

…besar harapan kami agar wang bantuan zakat ini digunakan untuk tujuan yang betul sempena menyambut Ramadhan dan juga sedikit-sebanyak untuk persiapan menyambut Syawal.

Teruslah menunaikan zakat anda di LZNK. Semoga lebih ramai lagi asnaf dibela.