6 JUN 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) membelanjakan lebih RM 5,048,300.00 juta demi membantu golongan memerlukan melalui Bantuan Pendidikan Ramadhan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LZNK, Syeikh Zakaria Othman berkata, peruntukan kewangan berkenaan diagihkan kepada penerimamengikut kategori masing-masing.

Katanya, Zakat Kedah menyalurkan lebih RM 1.8 juta bantuan pembangunan Institusi Pondok Kedah 2018 untuk 13 buah sekolah pondok di Kedah.

Manakala, lebih RM 2.1 juta dibelanjakan untuk membantu 28 buah sekolah agama rakyat melalui Bantuan Pengurusan Tahunan Sekolah Agama Rakyat 2018.
Antara lain, Bantuan Dermasiswa Pengajian Mesir diberikan kepada 232 orang pelajar dianggarkan sebanyak RM966,000.00, manakala Bantuan Dermasiswa Pengajian Jordan sebanyak RM 152,000.00 diagihkan kepada 19 orang pelajar.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Guru Agama Rakyat dan Pondok, Dermasiswa Luar Negara di Menara Zakat.

Syeikh Zakaria berkata, bantuan berkenaan diberikan bersempena bulan Ramadhan demi membantu meringankan beban dan memberi keselesaan kepada penerima.

Misalnya, Bantuan Pembangunan Institusi Pondok Kedah 2018 yang diperkenalkan buat julung-julung kalinya dan diterima buat kali pertama sekolah pondok.