22 September 2017 – Banjir yang melanda di beberapa daerah di negeri Kedah ini mendapat perhatian segera daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman berkata skuad ini penting bagi memberikan bantuan segera beruap bentuk makanan kepada mangsa banjir.

Skuad ini terdiri daripada Skuad Kubang Pasu, Skuad Kota Setar dan Skuad Kuala Muda.

Sehingga jam 3 petang (22/9/2017), Bukit Meriam paling tinggi dengan jumlah keluarga yang terlibat berjumlah 83 keluarga dengan jumlah mangsa 390 orang.

Turut dibuka pusat pemindahan banjir ialah di Dewan Kg. Jilid 8 dengan jumlah 11 keluarga.

Melalui Skuad Operasi Banjir LZNK, dianggarkan sejumlah 50 orang kakitangan LZNK akan mengagihkan bantuan bahan makanan ke seluruh pusat pemindahan di seluruh negeri Kedah.

Berita ini akan dikemaskini daripada semasa ke semasa.