BALING, 5 MEI 2019 – Seramai 100 orang penerima bantuan Kit Makanan berupa makanan asas daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) baru-baru ini berjaya dihimpunkan dalam satu Majlis yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai, Baling, Kedah.

Program yang dianjurkan oleh mahasiswa daripada fakulti muamalat dan kewangan Islamic Business School (IBS) Universiti Utara Malaysia (UUM), telah mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak antaranya ZAKAT,JKM, MAYBANK, PENYELARAS PARLIMEN BALING, dan agensi di Daerah Baling.

Dalam masa yang sama, para penerima turut menerima bantuan sampingan berupa wang tunai daripada Maybank dan barangan makanan daripada zakat.

Program yang berlangsung selama tiga tersebut berakhir dengan aktiviti kemuncak iaitu penyampaian bantuan pada hari tersebut.

Rata-rata penerima mengucapkan terima kasih kepada pihak terlibat kerana dengan program seperti ini dapat mengeratkan komuniti setempat di Daerah Baling.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”