YAN, 16 DISEMBER 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Bahagian Pembangunan Asnaf dengan kerjasama Pejabat Zakat Daerah Yan serta penolong amil berkesempatan menziarahi 10 keluarga miskin di sekitar Kariah Dulang Kechil, Yan Kedah.

10 keluarga tersebut merupakan penerima bantuan daripada LZNK. Sebahagian daripada mereka telah menerima bantuan sejak sekian lama dan sebahagian lagi daripadanya merupakan penerima baru untuk bantuan zakat dengan jumlah yang berbeza.

Kebanyakan daripada keluarga tersebut merupakan ibu tunggal yang menjaga anak OKU, dan juga yang menghidap kanser serta memerlukan rawatan susulan dan juga warga emas yang uzur serta tiada sumber pendapatan tetap.

Dengan adanya pembayar zakat yang konsisten dalam menunaikan zakat kepada LZNK samada melalui ejen masjid, ejen sekolah agama dan sebagainya, golongan seperti dapat dibantu. Selain itu, dengan wang zakat ini juga dapat digunakan bagi mengeluarkan golongan asnaf yang berkemahiran sehingga mereka mampu mengeluarkan zakat. 350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN” Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740 No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf