Utama Berita Kutipan 115 TERIMA WATIKAH PERLANTIKAN PENOLONG AMIL

115 TERIMA WATIKAH PERLANTIKAN PENOLONG AMIL

14 JANUARI 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) hari ini telah mengadakan satu Majlis Perlantikan Penolong Amil bagi 3 daerah di negeri Kedah antaranya Pendang, Pokok Sena dan Padang Terap bertempat di Pendang Lake Resort di sini.

Program tersebut diadakan bagi berkongsi pengetahuan dan maklumat kepada penolong amil mengenai maklumat terkini tentang bantuan dan agihan zakat serta kaedah pengiraan zakat mengikut taksiran yang tepat.

Penganjuran majlis tersebut juga merupakan langkah awal untuk melengkapkan struktur gerak kerja yang lebih tersusun dan fleksibel

Selain itu, ianya bertujuan untuk memantapkan dan meningkatkan  keyakinan diri disamping memberikan semangat kepada penolong-penolong amil tersebut.

Menurut Dato’ Haji Badrol Hisham Hashim dalam petikannya berkata, program seperti ni perlu dilakukan lebih kerap lagi supaya segala maklumat berkaitan kutipan dan agihan zakat dapat disebarkan pada penduduk setempat melalui penolong amil di setiap daerah negeri Kedah,

“saya juga ambil kesempatan ini ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif (LZNK) kerana apa yang dapat saya lihat sekarang zakat Kedah telah banyak melakukan pembaharuan dan transformasi bagi memantap dan memperkasakan lagi kutipan dan agihan zakat di seluruh negeri Kedah” katanya.

Terdahulu, Syeikh Zakaria Othman, Ketua Pegawai Eksekutif (LZNK) telah menyerahkan watikah perlantikan kepada penolong amil meliputi 3 daerah tersebut.

Hadir sama dalam majlis tersebut, YB. Dato’ Haji Badrol Hisham Hashim, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Negeri Kedah, YB Dato’ Haji Ahmad Lebai Sudin, Adun Bukit Lada, penghulu2 daerah, pegawai agama dan pegawai daerah.

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.