Utama Berita Bantuan LZNK SASAR KUTIPAN ZAKAT RM256 JUTA

LZNK SASAR KUTIPAN ZAKAT RM256 JUTA

ALOR SETAR, 22 DISEMBER 2022 :- Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyasarkan kutipan zakat keseluruhan sebanyak RM256 juta di Kedah tahun ini.

Pengerusi LZNK merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Norizan Khazali berkata, kutipan zakat disasarkan meningkat sebanyak 5.79 peratus ataupun RM14 juta berbanding kutipan RM242 juta pada tahun lepas.

Beliau memberitahu, sehingga 22 Disember, jumlah kutipan zakat yang berjaya dikutip oleh LZNK telah pun mencecah sebanyak RM214 juta.

“Jumlah keseluruhan agihan dibuat dalam tempoh sama pula telah mencecah RM202 juta iaitu kira-kira 95 peratus daripada jumlah kutipan zakat.

“Ia membuktikan bahawa zakat yang dibayar oleh semua rakyat Kedah telah pun diuruskan dan diagihkan kepada penerima berkelayakan mengikut skim dan syarat ditetapkan seperti dikehendaki syarak,” katanya.

Beliau berucap sedemikian pada Majlis Serahan Zakat Perniagaan Syarikat Korporat dan Wakalah Agihan Zakat yang disempurnakan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Zaheeda Mohamad Ariff di Menara Zakat, di sini, pada Khamis.

Hadir sama, Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang dan Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Datuk Zakaria Othman.

Norizan berkata, beliau bagi pihak LZNK berharap kerjasama dari semua pihak dan lapisan masyarakat untuk terus mengetengahkan dan menguar-uarkan usaha itu kepada seluruh masyarakat umum.

Dalam perkembangan lain, kata beliau, semua guru dan kakitangan di 719 sekolah rendah dan menengah di Kedah telah melaksanakan kewajipan zakat pendapatan masing-masing melalui potongan gaji kepada LZNK dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM28.79 juta.

“Daripada jumlah itu, LZNK telah mengagihkan semula sebanyak 37.5 peratus iaitu sebanyak RM10.8 juta kepada sekolah terlibat melalui skim wakalah agihan zakat,” katanya.

Beliau berharap sekolah dapat menggunakan peruntukan segera itu bagi menyelesaikan sebaik mungkin isu kemiskinan seperti tidak mampu membayar yuran sekolah dalam kalangan pelajar dengan agihan wang sebanyak RM10.8 juta itu.

Sebelum itu, Tengku Sarafudin turut berkenan menerima serahan zakat daripada enam syarikat korporat termasuklah Maybank Islamic Berhad, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad, Etiqa Family & General Takaful Berhad dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan jumlah keseluruhan bayaran zakat RM4.59 juta.

Baginda turut berkenan menyerahkan wakalah agihan zakat daripada syarikat korporat berupa 22 mesin hemodialisis sebanyak RM800,000 dan wakalah agihan zakat kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah melibatkan 719 sekolah rendah dan menengah di Kedah sebanyak RM10.8 juta.

Raja Muda Kedah turut berkenan mengurniakan agihan zakat kepada asnaf melibatkan lapan skim agihan terbesar LZNK dengan jumlah keseluruhan RM112.3 juta.

Disunting Oleh : Unit Penerangan, Bahagian Komunikasi Strategik


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.