Utama Berita Bantuan BANJIR: LZNK SUMBANG 24,000 KAMPIT BERAS KE KELANTAN, TERENGGANU

BANJIR: LZNK SUMBANG 24,000 KAMPIT BERAS KE KELANTAN, TERENGGANU

ALOR SETAR, 27 DISEMBER 2022 :-  Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyumbang 24,000 kampit beras lima kilogram (kg) bernilai RM300,000 bagi membantu mangsa banjir terjejas di Kelantan dan Terengganu.

Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin turut berharap bantuan tersebut dapat meringankan beban mangsa terlibat di kedua-dua negeri.

Dalam masa sama, baginda turut menzahirkan rasa simpati dengan kejadian banjir melanda negeri-negeri terlibat.

“Berdasarkan laporan pada 22 Disember lepas, masih ramai yang terkandas (akibat) banjir. Kita patut tolong antara satu sama lain, tidak kira negeri mana pun terkena banjir.

“Kita semua duduk bawah satu negara, rakyat satu negara (maka) perlu saling membantu,” titah baginda kepada pemberita ketika berkenan berangkat bagi menyempurnakan Majlis Pelepasan Konvoi (Flag-Off) Misi Bantuan Banjir ke Kelantan dan Terengganu di pekarangan Stadium Darul Aman di sini pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Datuk Zakaria Othman berkata, bantuan beras terbabit akan dihantar menggunakan empat treler dengan 12,000 kampit akan diserahkan ke Kelantan melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) manakala 12,000 kampit beras lagi akan diserahkan di Terengganu melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

“Misi ini juga akan turut disertai konvoi daripada Syarikat Mudim Zakaria Industries Sdn Bhd yang merupakan muzzaki iaitu pembayar zakat kepada LZNK akan turut menyalurkan sumbangan sebanyak 2,400 botol kicap Mudim kepada mangsa,” katanya.

Beliau menyatakan, jumlah keseluruhan kenderaan mengikut 15 kenderaan dengan diiringi empat kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah dan sebuah kenderaan pengiring dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah.

Disunting Oleh : Unit Penerangan, Bahagian Komunikasi Strategik


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.