Utama Berita Kutipan KMC Tunai Zakat Perniagaan Tahun 2016

KMC Tunai Zakat Perniagaan Tahun 2016

23 Disember 2016 – Kedah Medical Centre (KMC) hari ini menunaikan zakat perniagaan mereka bagi tahun berakhir 2016 sebanyak RM173,777.44 kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Penyerahan tersebut dilakukan oleh Pengerusi KMC yang juga Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman, Y.A.B. Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah kepada pegawai Jabatan Dakwah dan Kutipan LZNK, Mohammad Suraidi bin Saad.

KMC adalah salah satu hospital swasta yang termoden seumpamanya di negeri Kedah ini serta di wilayah Utara Malaysia.

…kami (LZNK) sangat menghargai setiap sen yang dizakatkan kepada LZNK dan KMC antara hospital swasta yang menunaikan zakat tiap-tiap tahun.

LZNK terus mendoakan agar KMC terus maju jaya dan berkembang pesat dimasa akan datang. Semoga dengan bayaran zakat ini, lebih ramai asnaf terus dibela di negeri Kedah ini.

 

news_kmc1

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.